Ini adalah kelas bahasa melayu yang saya tujukan kepada isteri saya, JA KIU. Beliau ingin memahirkan diri beliau di dalam bahasa ibunda ini. Namun demikian, dia telah meminta pertolongan daripada orang yang salah. Saya sebenarnya...tidaklah begitu mahir di dalam bahasa ini..Akan tetapi..Saya akan cuba membantu beliau, kerana saya...saya..sayang bini saya..walaupun dia mata duitan..<3..:D
Di dalam kelas ini saya menyediakan tiga buah buku teks di mana, setiap satu mempunyai isi kandungan yang berlainan. Oleh kerana saya ini seorang yang agak pemalas, tiga buah buku teks untuk tempoh 2 bulan, sudah mencukupi.
Di dalam kelas ini juga saya mengadakan sesi forum di dalam kelas, dan setiap pelajar harus berbahas di dalam bahasa baku, dan saya sebagai tok guru, akan menyaksikan pertunjukkan ini dan ketawa terbahak-bahak bersama bertih jagung saya.
Kelas ini akan diakan setiap malam dari pukul 9 hingga 9.15 (sekejap sahaja jadi haruslah bergegas). Kelas ini walaupun ringkas, namun ia mengandungi zat-zat besi yang cukup untuk menguatkan badan seorang perempuan, ataupun lelaki, yang berumur 12 higga 20 tahun. Bak kata pepatah melayu, kelas ini ibarat "BINTANG TERBESAR DI ALAM SEMESTAAA'
Kerja rumah yang pertama untuk kelas ini adalah menulis 3 buah karangan iaitu surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, dan surat kiriman cinta. Yang ketiga itu kegemaran saya lah.
Bayaran bulanan untuk kelas ini murah sahaja, rm90 sebulan. Saya juga menerima kucing sebagai bayaran kerana saya suka kucing. Kucing-kucing tersebut haruslah bersih, dan dimandikan setiap 5 jam oleh pemilik sebelumnya.
Harap maklum, kelas ini akan diadakan di Cafe Medan, berdekatan Sunway College. Kelasnya ialah salah satu bilik di dalam pusat berinternet di atas cafe tersebut, di mana beratus-ratus komputer berehat di atas meja.
5 PELANGGAN PERTAMA AKAN MENERIMA VAUCER GUNTING RAMBUT DI RUMAH SAYA, HARAP MAKLUM
Thursday, September 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment